Malaysia-Singapura 2011


Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, keputusan berpihak kepada skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

MALAYSIA tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura pada 28 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil Kuala Lumpur nanti. Malaysia boleh melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 jika sekurang-kurangnya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat agregat 5-5 dan mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan.


Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu.

"Tiket mahal la. Kita datang nak sokong pasukan kebangsaan, jangan la 'makap' lebih-lebih. Kasi murah sudah la.."

0 comments:

Post a Comment